Blogger Backgrounds

Saturday, October 26, 2013

ALHAMDULILLAH :')



Assalamualaikum semua, semoga hari² korang berbaik jea. Kalini Ra nak kongsi setelah Ra habes STPM then kerja untuk beberapa bulan akhirnya Universiti Malaysia Terengganu memanggil Ra untuk sambung Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Pelancongan) selama 3 tahun. Bulan 9 lepas nama Ra tersenarai dalam UPU. Alhamdulillah urusan Ra dipermudahkan, InshaaAllah tahun 2016 Ra tamat pengajian sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Pelancongan). 

Ra masuk UMT lambat 2 minggu disebabkan abah Ra outstation masa tu. Ra bersyukur sangat sebab dari kesabaran Ra selama ni ramai yang cakap² belakang yang kurang enak didengari, Ra pekakkan telinga dan butakan mata, akhirnya Allah beri jalan yang terbaik buat Ra. Bila dapat tahu, kecoh se ghumah *happy* Ra cause Ra anak sulung daripada 8 orang adek beradik dapat sambung Ijazah setelah habes STPM. 

Dah sebulan lebih Ra kat sini, Ra dapat kawan baru. Dalam group Ra semuanya berlainan negeri. Semuanya UlatBuku menjadikan Ra rasa tercabar gn group Ra sendiri. Sekarang test untuk Mid Term sehingga bulan 11 cause bulan 12 dah Final Exam. Kepala pun pusing memanjang, naseb baik tak sampai tahap muntah pelangi hadap buku dan sebagainya. Ra dapat sambung degree ni, kedua family bagi semangat kat Ra iaitu family Ra gn family tunang Ra (Danial). Terimakaseh kepada semua, Ra pun dah lapar pepagi tak makan lagi. Undur diri dulu, InsyaaAllah Ra post benda baru lagi next time >.<

0 comments: